Perolehan Tanah Oleh Warganegara Asing

Perolehan Tanah Oleh Warganegara Asing/ Land Acquisition by Foreigners

GARIS PANDUAN PEROLEHAN HARTANAH OLEH  WARGANEGARA / SYARIKAT ASING BAGI NEGERI PULAU PINANG

Carta Alir

Pengenalan

Perolehan hartanah berkenaan dapat  dijelaskan seperti berikut:-

  1. Seksyen 433B Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa warganegara / syarikat asing boleh memperolehi hartanah hanya dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  2. Perolehan hartanah oleh warganegara asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jualbeli, melalui warisan harta pesaka anggota keluarga yang meninggal dunia atau melalui pemberian atas dasar kasih sayang dari anggota keluarga.
  3.    Perolehan hartanah oleh syarikat asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jual beli.
  1. HARGA KAWALAN BAGI HARTANAH DI NEGERI PULAU PINANG MULAI 1 JULAI 2012

     a)  Mulai 1 Julai 2012, harga kawalan minima bagi hartanah di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

         i)   Hartanah  berstrata – RM 1 juta  bagi  kawasan  Pulau  dan Seberang Perai.

        ii)  Hartanah ‘landed’ –   RM2   juta  bagi  kawasan  Pulau  dan RM1 juta   bagi kawasan

              Seberang Perai (termasuk landed strata)

Harga minima ini adalah tertakluk kepada TARIKH SETEM DIMETERAI iaitu mulai 1 Julai 2012.

Bagi (a) (i) dan (ii) ini tidak  ada had bilangan pembelian.

       b)   Perolehan  unit  kediaman  di bawah program ‘Malaysia My Second Home (MM2H)’ kekal

             di paras harga kawalan minima RM500,000.00, tetapi terhad kepada pembelian dua (2)

               unit sahaja.

       c)   Perolehan  hartanah oleh warga negara asing yang bertaraf penduduk tetap (PR)

              kekal di paras harga kawalan RM250,000.00.

       d)   Kawalan harga minima ini tidak terpakai kepada pindahmilik  daripada wasi (executor)

              kepada waris di bawah transmission harta pesaka atau yang melibatkan

             perintah mahkamah.

2.TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT PERTANIAN

  1. SEKATAN

Warganegara / Syarikat Asing tidak dibenarkan:

      (a) Memiliki tanah pertanian kecuali jika kelonggaran diberi seperti di perenggan (ii) di bawah;

      (b) Mengambil bahagian di dalam lelongan tanah pertanian di bawah Seksyen 256 dan 260

            Kanun Tanah Negara

  1. KELONGGARAN

Permohonan untuk memiliki tanah pertanian oleh Warganegara Asing  berkeluasan

sekurang-kurangnya lima (5) ekar boleh dipertimbangkan sekiranya:

      (a) Menjalankan aktiviti pertanian secara komersial menggunakan teknologi tinggi atau moden.

      (b) Menjalankan aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk untuk diekspot.

      (c) Untuk pembangunan pertanian berbentuk teknologi tinggi yang disahkan oleh

            badan-badan seperti PORLA, PORIM, MARDI dan sebagainya.

      (d) Sebagai kawasan tambahan kepada tanah industri yang telah diluluskan.

      (e) Sebagai kawasan uantuk pengeluaran bahan mentah yang menyokong

            industri yang telah mendapat kelulusan.

       (f) Untuk menempatkan semula industri yang tidak lagi sesuai  di lokasi sekarang.

      (g) Untuk dibangunkan sebagai kawasan agro pelancongan, marina, padang golf,

           ‘holiday homes’ dan sebagainya.

      (h) Tanah pertanian yang terletak di dalam kawasan bandar yang mengikut

             Pelan Tampatan dizonkan untuk kegunaan selain dari pertanian.

      (I) Pihak Berkuasa Negeri menganggapkan projek tersebut perlu dilaksanakan.

  1. SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Syarikat tersebut hendaklah dimiliki sekurang-kurangnya 30% oleh warganegara Malaysia.

(b) Terbukti manfaat telah disalurkan melalui projek bersepadu atau proses hiliran.

  1. Ada permintaan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.

(d) Menggunakan tenaga pekerja yang terdiri dari warganegara Malaysia.

(e) Sekiranya untuk tujuan 1(ii) (d) – (f), syarat tambahan ialah:-

          (i) Industri yang sedang berjalan mematuhi semua yang telah

                dikenakan oleh Kerajaan;

          (ii) Terbukti telah terlaksana pemindahan teknologi dan

              kemahiran kepada penduduk tempatan;

         (iii) Tidak berlaku pencemaran alam sekitar;

          (iv) Sesuai dari segi perancangan.

(f) Syarat tambahan dikenakan kepada mereka yang hendak membangunkan

    projek pelancongan,iaitu hendaklah terbukti berpengalaman dalam bidang

    tersebut di tempat lain.

(g) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

  1. SYARAT SETELAH MENDAPAT KELULUSAN

Bagi tujuan yang tersebut di jumlah kata 1(ii) (d) – (h) pemilik hendaklah mengemukakan permohonan ubah syarat tanah dari pertanian kepada kegunaan lain dalam tempoh dua   (2) bulan dari tarikh kelulusan pindah milik.  Selepas tarikh tersebut, kelulusan akan terbatal.  Untuk projek pelancongan yang disebut di jumlah kata 1(ii) (g), syarat-syarat tambahan ialah:-

           * Mempunyai bentuk seni bina yang melambangkan ciri-ciri Malaysia.

           * Mengekalkan keadaan alam semula jadi.

           * Pajakan tidak lebih daripada 60 tahun.


(v) TATACARA

Permohonan hendaklah disertakan dengan:

  1. Pelan konsep projek
  2. Penyatakan milik saham

(c)Laporan kemungkinan projek, pekerjaan yang akan diwujudkan, punca

    pembekalan pekerjaan, pengalaman mereka yang terlibat dengan projek

    dan jadual pelaksanaan projek.

3.TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT BANGUNAN

  1. SEKATAN

Warganegara Asing tidak boleh membeli tanah bangunan kediaman

yang dinyatakan di bawah ini:

(a) Rumah teres kos rendah dan kos sederhana

(b) Rumah pangsa kos rendah dan kos sederhana

(c) Rumah kuota Bumiputera

(d) Rumah kediaman atas tanah rizab Melayu
(e) Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 256

      dan 260 Kanun Tanah Negara.


(ii) KELONGGARAN

Mulai 3.7.2002 Warganegara / Syarikat Asing dibenarkan memperolehi

semua jenis unit kediaman yang terdiri daripada bangunan lama atau projek baru.


(iii) SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Harga pembelian akan dikaji dari semasa ke semasa.

(b) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

(c) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual semua harta yang 
dibelinya selepas 3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jualbeli.

  1. TANAH BANGUNAN UNTUK KEGUNAAN PERNIAGAAN
  1. SEKATAN

Warganegara Asing tidak boleh memiliki tanah bangunan perniagaan jenis 

yang dinyatakan di bawah ini:

(a) Kedai kos rendah

(b) Gerai

(c) Bengkel perkhidmatan

(d) Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 256 dan 260 Kanun Tanah Negara.


(ii) KELONGGARAN

Mulai 3.7.2002 Warganegara / Syarikat Asing dibenarkan memperolehi semua jenis unit kediaman        
yang terdiri daripada bangunan lama atau projek baru.

Warganegara / Syarikat Asing juga boleh memiliki tanah jenis bangunan untuk perniagaan yang  
dinyatakan di bawah ini:-

(a) Tanah untuk hospital swasta tertakluk kepada kebenaran membuka

     hospital dari Kementerian Kesihatan.

(b) Tanah untuk sekolah swasta tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan.

(c) Tanah untuk bangunan hotel.


(iii) SYARAT DAN TATACARA

(a) Sama seperti untuk rumah kediaman.

(b) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual semua

     harta yang dibelinya selepas  3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jual-beli.

  

  1. TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT PERINDUSTRIAN
  1. SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


(a) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

(b) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual

     semua harta yang dibelinya selepas 3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jualbeli.

6.BAYARAN PROSES

Bayaran proses bagi permohonan untuk memindah milik tanah oleh warganegara  / syarikat asing yang berkuatkuasa mulai 01 Mac 2013 adalah seperti berikut dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang:-

Perkara

Individu

(Warganegara Asing)

Individu

(Penduduk Tetap)

Syarikat

 

RM

Per Lot / Unit

RM

Per Lot / Unit

RM

Per Lot / Unit

a)Bangunan Kediaman

10,000.00

2,000.00

20,000.00

b)Bangunan Perniagaan

20,000.00

4,000.00

40,000.00

c)Pertanian

20,000.00

4,000.00

40,000.00

  1. PENGECUALIAN

6.1  Semua urusan jual-beli hartanah yang dibuat secara surat perjanjian  serah hak pada atau sebelum 31     Disember, 1992 dan disetemkan dengan sempurna mengikut Akta Setem 1949 tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas, tetapi pembeli perlu membuat permohonan dengan melampirkan surat perjanjian / serah hak tersebut sebagai bukti kelulusan akan diberikan.

6.2  Bagi pemegang kad pengenalan merah yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) adalah dijangka mereka akan menghadapi masalah untuk memiliki rumah jika garis panduan seperti di atas dikenakan.  Oleh itu, adalah dicadangkan supaya permohonan mereka diberi pertimbangan mengikut merit tiap-tiap kes.

8.RAYUAN

Sekiranya permohonan ditolak, rayuan boleh dikemukakan kepada

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk pertimbangan semula.


 
9.BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan WNA 1 atau WNA 2 boleh diperolehi dengan percuma dari Pejabat Pengarah Tanah dan  Galian Negeri Pulau Pinang.  

Borang WNA 1 – Permohonan Daripada Warganegara Asing
Borang WNA 2 – Permohonan Daripada Syarikat Asing


10.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-
a) Satu salinan Borang Permohonan Perolehan Hartanah oleh Warganegara/ Syarikat Asing 
b) *Satu (1) salinan fotostat Passport 
c) *Satu (1) salinan fotostat Suratan Hakmilik.
d) *Satu (1) salinan resit cukai tanah semasa.
e) *Satu (1) salinan Surat Perjanjian Jualbeli tanah yang berkenaan
f) *Satu (1) salinan surat kelulusan dari Kementerian Pelancongan/Imigresen bagi

     permohonan melalui program Malaysia My Second Home

g) *Sekiranya tanah pemberian dari suami atau isteri, sertakan salinan surat nikah

      atau Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
h) *Sekiranya tanah pemberian dari ibu atau bapa, sertakan salinan surat beranak penerima.
i) Surat kebenaran dari pihak yang mempunyai kepentingan seperti pemegang gadaian.
j) Sekiranya transaksi melibatkan syarikat atau pertubuhan sebagai pembeli, sertakan Memorandum And Articles Of Association, Resolusi Lembaga Pengarah dan maklumat mengenai pemilikan saham syarikat

k) Kertas kerja konsep projek sekiranya tanah akan dibangunkan untuk pembangunan pertanian berbentuk teknologi tinggi, kawasan pelancongan, marina, padang golf, ‘holiday homes’ dan sebagainya.
   * Salinan diakui sah

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my