Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan

Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan/ Application for State Land Alienation

                                            Panduan Permohonan

               Senarai Semak                 Proses Kerja                Carta Alir

Tanah, pada mulanya, terletak hak pada Kerajaan Negeri.  Ianya kemudiannya, membenarkan

penggunaannya atau pendudukan di atasnya secara pegangan hakmilik, lesen pendudukan

sementara, atau secara perizapan, atau untuk pengeluaran bahan batuan yang diberi secara

pengeluaran permit atau apa-apa hak lain di bawah KTN.  Apabila pemberimilikan disempurnakan,

iaitu setelah hakmilik bagi sesekeping tanah itu didaftarkan, hak atasnya berpindah daripada

Pihak Berkuasa Negeri kepada orang atau badan yang namanya tercatat dalam hakmilik itu

tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.  Petuntukan-peruntukan berhubung pemberimilikan

kebanyakannya didapati di Bahagian Lima KTN.

Dalam seksyen 5, KTN, “berimilik” bermakna “melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya

atau untuk suatu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan bayaran cukai tanah, dan selainnya

selaras dengan peruntukan seksyen 76, atau apabila digunakan  berkaitan dengan tempoh

sebelum mula berkuatkuasa Akta ini, untuk melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya

atau untuk suatu tempoh beberapa tahun di bawah undang-undang tanah terdahulu

(yang bukannya undang-undang mengenai lombong).  Dalam seksyen yang sama “tanah  berimilik”

bermakna “mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak bangunan yang dipecah bahagi)

berkenaan dengannya suatu hakmilik berdaftar pada masa itu sedia ada baginya, sama ada

tetap atau sementara, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun,

dan sama ada diberikan oleh oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini atau dalam

menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu,

tetapi tidak termasuk tanah lombong”.

Seksyen 43

2.1

Seksyen 43 KTN menyenaraikan orang atau badan yang boleh memohon pemberimilikan tanah


    (a)

orang sebenar yang telah mencapai umur dewasa (menurut Akta Umur Dewasa, 1971)

– seksyen 43(a) KTN.

    (b)

 perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaannya untuk memiliki tanah

(seksyen 43(b) KTN – mereka terdiri daripada:-

            (i)

perbadanan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965 yang diberi kuasa

memiliki tanah di bawah memorandum persatuannya;

           (ii)

pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau

Negeri dan yang diberi kuasa untuk memiliki tanah di bawah Akta atau Enakmen

yang mewujudkannya – misalnya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah

Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957, Perbadanan Pembangunan Bandar

di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 sekarang telah dibubarkan,

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan

Negeri Selangor 1964 dan Setiausaha Kerajaan, Perak di bawah Enakmen Setiausaha

Kerajaan Negeri Perak (Pemerbadanan) 1951; dan

          ( iii)

syarikat kerjasama yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993;

     (c)

raja pemerintah, kerajaan, pertubuhan dan orang-orang lain yang dibenarkan memiliki tanah

di bawah undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa berhubung dengan hubungan

diplomatik,hubungan konsular dan pertubuhan antarabangsa (seksyen 43(c) KTN); dan

     (d)

Pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kesatuan sekerja yang

didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 (seksyen 43(d) KTN).

Dalam hal perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965, PT hendaklah memastikan

daripada memorandum persatuannya sama ada ia boleh memiliki tanah atau tidak.  Berhubung

dengan mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah undang-undang

Persekutuan atau Negeri, ia hendaklah menyemak sama ada undang-undang yang menubuhkan

badan tersebut membenarkan ia memiliki tanah atau tidak.

Melayu tidak boleh dilayan jika ia memohon tanah dalam kawasan rizab Melayu.

  1. Sungguhpundemikian, ada pengecualian ke atas sekatan ini. Dalam Enakmen Perizapan

Melayu NMB Bab 142) misalnya, badan-badan yang dikecualikan daripada sekatan ini ialah

mereka yang tersenarai dalam Jadual Ketiga Enakmen tersebut.  Antara badan yang tersenarai

ialah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan syarikat kerjasama (tertakluk kepada syarat tambahan

negeri masing-masing).

Di negeri Kelantan, tanah Kerajaan tidak boleh diberimilik kepada orang yang bukan anak

Kelantan seperti yang ditakrifkan dalam Enakmen Tanah Kelantan, 1938 tanpa kebenaran Pihak

Berkuasa Negeri.  Peruntukan ini dipelihara melalui Jadual Kedua Belas KTN.

Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) KTN juga menghalang tanah Kerajaan diberimilik kepada individu

warganegara asing (bukan warganegara) dan syarikat asing tanpa memperolehi terlebih dahulu

kelulusan Pihak Berkuasa Negeri kecuali pemberimilikan untuk tujuan perusahaan.

Walau bagaimanapun dengan berkuatkuasanya Akta KTN (Pindaan) 2001 (Akta A1104),

kaedah-kaedah boleh dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk mengecualikan mereka daripada

Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) selaras dengan arahan yang diberi oleh Majlis Tanah Negara.

Seksyen 76

2.2

Seksyen 76, KTN, 1965 Pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah

  1. mengandungipelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri:-

     (a)

Untuk satu tempoh yang tidak lebih dari sembilan puluh sembilan tahun;

         (aa)

Untuk selama-lamanya:-

 

(i) di mana Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri memberi 

    pemberimilikan untuk selama-lamanya kepada Kerajaan Persekutuan atau pihak

    berkuasa awam atau jika Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk

    memberi suatu geran kekal kepada Kerajaan Persekutuan;

              

(ii) di mana Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk

     tujuan awam; atau

             

(iii) di mana Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas

    yang memerlukan pemberimilikan untuk selama-lamanya

 

(b) Sebagai balasan pembayaran cukai sewa tahunan;

 

(c) Sebagai balasan pembayaran premium, kecuali Pihak Berkuasa Negeri fikiran patut untuk

      melepaskan daripadanya dalam mana-mana hal tertentu;

 

(d) Kecuali Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan sebaliknya menurut seksyen kecil (5)

      seksyen 52, tertakluk kepada suatu jenis penggunaan tanah yang ditentukan menuurut

      subseksyen (2) dan (3) seksyen itu; dan

    

(e)Tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan kepentingan sebagaimana yang dikenakan

    oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau boleh dikenakan

    kepadanya oleh sebab peruntukan Akta ini;

Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam perenggan (aa) boleh membenarkan Pihak Berkuasa

Negeri untuk melupuskan mana-mana bahagian tepi pantai atau dasar laut untuk suatu tempoh

tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun; dan perenggan (d) tidak akan dipakai mengenai

pemberimilikan tanah di bawah Akta ini menurut kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri

sebelum permulaan akta ini.

3.Pekeliling-Pekeling Dan Surat-Surat Arahan:

3.1     5/87, 6/87, 7/88, 1/89, 3/96, 1/94, 2/94, 4/94 dan 1/96.

3.2     2/2001 – tempoh sah ulasan jabatan teknikal.

3.3     Pekeliling KPTG Bil. (19) 80 untuk menyambung tempoh pajakan.

3.4     Pekeliling KPTG Bil. 1/1997 – premium namaan RM1,000.00 setiap tapak sekolah.

3.5     Pekeliling SUK Bil (3) 2004 Garis Panduan Penyediaan Kertas MMK -

         Surat PTG/PP/S/45(7) bth. 14/10/93.

3.6     Surat PTG/G/001(126) bth. 10/3/94 – penentuan kadar bayaran premium pemberimilikan

          semula di Kampong Baru yang tamat tempoh.

3.7     Surat PTG/PMP/SPS/310(6) bth. 13.3.2000 – Pekeliling 7/88 – rayuan bayaran ansuran.

3.8     Bil. 146 dlm. PTG/G/001 bth. 25.7.1996 – pelarasan tamat tempoh pajakan di

         Perkampungan Baru – 31.12.2020.

3.9     Arahan PTG Bil. 1/2000 – draf Kertas MMK bagi semua permohonan tanah.

3.10   Penurunan kuasa melanjutkan bayaran pemium sehingga 6 bulan sahaja. 

         PTG/PP/S/45(49) – 21/10/93.

3.11   Tapak kubur/tempat bakar mayat – semua institusi agama – Geran selama-lamanya –

         PTG/G/001(125) – 26.2.96.

3.12   Surat PTG/PP/1077(25) bth. 10.3.94 – kadar bayaran premium yang berpatutan bagi tanah

         Kerajaan Negeri yang diberimilik kepada Kerajaan Persekutuan

3.13   Arahan PTG/389 –  pengeluaran hakmilik bagi rumah kos rendah kerajaan (jenis teres).

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my