Permit

Permit

 

  1. Definisi
  2. Permit untuk mengeluar, mengambil dan mengangkut bahan batuan.

Pemberian permit untuk mengeluar, mengambil dan mengangkut bahan batuan dalam Borang 4C adalah satu daripada pelbagai cara Pihak Berkuasa Negeri melupuskan tanah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) KTN.

Syarat-syarat ini tidak terpakai kepada tanah yang tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963 (Akta 518). 

  1. Permit Ruang Udara.

KTN (Seksyen 75A) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pengeluaran permit bagi maksud membina, menyenggara dan menempatkan apa-apa binaan seperti yang berikut:-         

i.          di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab, atau

  1. melintasi atas tanah Kerajaan atau tanah rizab sebagai sambungan kepada mana-mana binaan atas tanah bersebelahan
  1. Peruntukan Undang-Undang

 

                                 2.1       Seksyen 42(1) (d) dan (e), KTN
                                                     Kuasa pelupusan

(2.1.1)       Tertakluk kepada seksyen kecil (2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah Akta ini -

  1. untuk membenarkan mengeluarkan dan mengambil dari mana-mana tanah, selain dari hutan simpanan, menurut peruntukan-peruntukan Bab 3 Bahagian Empat;
  2. memberi permit bagi penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab mengikut peruntukan Bab 4 Bahagian Empat dengan syarat bahawa ruang udara tersebut hendaklah dalam lingkungan rangkai apa-apa jenis yang dibina di atasnya.



                                                  2.2 Seksyen 32, KTN

    Orang-orang dan badan-badan yang boleh dilupuskan tanah kepadanya.

            Tertakluk kepada peruntukan Bahagian Tiga Puluh Tiga (A), Kuasa pelupusan yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Seksyen 42 bolehlah dijalankan hanya untuk faedah, dan permohonan untuk menjalankan kuasa itu bolehlah diterima hanya daripada orang-orang atau badan-badan berikut:-

  1. manusia selain daripada remaja;
  2. perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
  3. raja-raja pemerintah, kerajaan organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
  4. badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain :

Dengan syarat bahawa tidak perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa memegang tanah untuk membolehkannya memohon, dan dikeluarkan kepadanya, sesuatu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan-bahan batuan.

                                          2.3       Seksyen 70, KTN

     Kuasa untuk membenarkan pengeluaran dan pengambilan bahan batuan.

Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, menurut peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14, membenarkan pengeluaran, pengambilan dan pengangkutan apa-apa bahan batuan (selain daripada untuk maksud mendapatkan logam atau galian darinya) dari –

tanah kerajaan;

tanah berimilik;

tanah lombong,

tanah rizab

                                            2.4      Seksyen 71, KTN
                                              Pengeluaran Permit

            Permit-permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada peruntukan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14, dikeluarkan bagi Pihak Berkuasa Negeri -

  1. dalam hal tanah Kerajaan, oleh Pentadbir Tanah
  2. dalam hal tanah berimilik, oleh Pentadbir Tanah kepada -
  3. tuanpunya tanah itu, atau       
    ii)   dengan keizinan tuanpunya, sesiapa atau mana-mana badan lain;    
  4. dalam hal tanah lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan Merinyu Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang pada masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perlombongan, kepada -
  5. orang atau badan yang pada masa itu berhak mendapat kepentingan dari pajakan atau sijil perlombongan dalam persoalan, atau
    ii)       dengan keizinan tuanpunya, sesiapa atau mana-mana badan lain;
  6. dalam hal tanah rizab -
  7. oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan ke atasnya; atau
    ii)       oleh pegawai  itu, bila dan setakat mana yang ianya diwibawakan selaku pegawai itu oleh Pihak Berkuasa Negeri.

                                           2.5       Sek.72, KTN

                       Jangkamasa, syarat-syarat, dll. dan bentuk permit

  1. Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tanah kalendar yang ianya bermula, dan hendaklah terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah banyaknya bahan batuan yang ditentukan di dalamnya belum lagi habis dikeluarkan, diambil dan diangkat pada masa itu.
  2. Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah mempunyai kedan tertakluk kepada apa-apa peruntukan seperti yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang tidak bercanggah denganya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.
  3. Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan batuan hendaklah di buat di atas Borang 4C.

                                                2.6     Sek.73, KTN
        Permit-permit tidak boleh dipindahmilik atau dialihak atas kematian.

Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, suatu permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan tidak boleh diserahak; dan tiap-tiap permit sedemikian itu akan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 416, terhenti atas kematian orang itu, atau pembubaran bahan itu, yang pada masa itu berhak mendapat kepentingan darinya.


                                                2.7     Sek.74, KTN

                                           Deposit mengenai permit.

Pihak Berkuasa boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya, kecuali dalam apa-apa keadaan seperti mana yang ditentukan dalam arahan itu, Pentadbir Tanah atau pegawai lain yang mengeluarkan mana-mana permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut  bahan batuan itu hendaklah menghendaki orang atau badan yang kepadanya permit itu dikeluarkan untuk mendepositkan kepadanya apa-apa jumlah wang yang difikirkannya munasabah sebagai jaminan untuk -

  1. pelaksanaan dan pematuhan dengan sempurna peruntukan-peruntukan yang kepadanya permit itu tertakluk, dan
  2. pemulihan tanah yang kepadanya permit itu adalah berkaitan apabila terhentinya permit itu.


                                             2.8     Sek.75, KTN

                    Kesan permit atas syarat-syarat yang melibatkan tanah.

Pelaksanaan apa-apa yang diwibawakan oleh mana-mana permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan yang pada masa itu berkuatkuasa tidaklah boleh dianggap merupakan pelanggaran mana-mana syarat mengenai tanah, yang kepadanya permit itu berkaitan, yang pada masa itu ianya tertakluk, sama ada oleh sebab Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perlombongan, atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

                                        2.9      Seksyen 75A, KTN 
Kuasa beri permit bagi penggunaan ruang udara atas Tanah Kerajaan dan Tanah Rizab 

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14 meluluskan pengeluaran permit bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu tahun bagi maksud mendiri, menyenggara dan menduduki suatu binaan atas tanah kerajaan atau tanah rizab, atau atas tanah Kerajaan atau tanah rizab sebagai tambahan kepada mana-mana binaan atas tanah bersempadan;

Dengan syarat bahawa dalam kes yang melibatkan tanah rizab, keizinan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan di atasnya diperolehi terlebih dahulu.

                                              2.10   Sek. 75B, KTN

                                        Permohonan untuk permit.

(2.10.1)       Sesuatu permohonan untuk permit di bawah Seksyen 75A  hendaklah dibuat dalam borang yang akan ditetapkan, dan hendaklah dialamatkan kepada Pentadbir Tanah dan disertai dengan -

  1. apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan;
  2. butir-butir binaan yang akan didirikan dan diselenggarakan, dan suatu pelan mengenainya sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan; dan
  3. dalam hal suatu permohonan yang melibatkan penggunaan ruang udara bagi maksud mendirikan suatu binaan atas tanah rizab, suatu surat keizinan dari pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan atas tanah itu.

(2.10.2)       Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika berpuas hati bahawa adalah perlu dalam keadaan kes untuk membenarkan ruang udara untuk digunakan bagi maksud sebagimana yang dinyatakan dalam permohonan, memberi kelulusannya.

                                              2.11    Sek.75C, KTN
                               Pengeluaran permit apabila diluluskan.

Apabila permohonan diluluskan, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan bagi Pihak Kerajaan Negeri, suatu permit dalam Borang 4D.

                                                2.12    Sek.75D, KTN          
                                            Syarat-syarat, dll. permit.

Tiap-tiap permit di bawah Seksyen 75A akan dikeluarkan tertakluk seperti berikut:-

  1. bayaran tahunan yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan
  2. apa-apa syarat yang akan dinyatakan.

                                               2.13    Sek. 75E, KTN
Permit tidak boleh diserahak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri.

Suatu permit di bawah Bab ini tidak boleh diserahak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

                                                 2.14    Sek. 75F, KTN
                                Deposit atau sekuriti mengenai permit.

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, mengarah bahawa Pentadbir Tanah yang olehnya permit itu akan dikeluarkan, boleh sebelum mengeluarkan permit, memerlukan orang atau badan kepadanya permit itu akan dikeluarkan, untuk mendeposit apa-apa jumlah atau memberi apa-apa sekuriti yang akan difikirkannya munasabah untuk pelaksanaan dan menurut dengan sempurna peruntukan-peruntukan kepadanya permit itu tertakluk.

                                              2.15   Sek.75G, KTN

                                      Kuasa untuk membatalkan permit.

  1. Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila sahaja, atau pada bila-bila masa kemudian berlakunya pelanggaran mana-mana kaedah, syarat kepadanya permit itu tertakluk tanpa bayaran apa-apa pampasan, dan kerana itu apa-apa deposit atau sekuriti yang diberi di bawah Seksyen 75F berhubungan dengan pengeluaran permit tersebut akan dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri.
  2. Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut budi bicaranya pada bila-bila masa sebelum habis tempoh permit walaupun permit itu belum boleh dibatalkan di bawah seksyen kecil (1).
  3. Jika suatu permit itu dibatalkan di bawah seksyen kecil (2), bayaran akan dibuat kepada orang atau badan kepadanya permit itu telah dikeluarkan apa-apa pampasan yang akan dipersetujui atau di bawah seksyen 434.
  1. CARA MEMOHON

3.1     Permohonan hendaklah menggunakan Borang permohonan yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri (Schedule I Form 5 (Rule 17)) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

a) Keterangan tentang tanah dari mana bahan batuan akan diambil (yang menunjukkan tanah tersebut hendaklah disertakan);

b). Bahan batuan yang hendak dikeluarkan berserta kuantiti dan tempoh untuk mengeluarkannya;

c) Nama dan alamat penuh permohon.


* Bayaran menfailkan permohonan hendaklah disertakan jika Kaedah Tanah Negeri  menghendakinya.

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my