Penyerahan & Pemberikan Semula

Penyerahan dan Pemberimilikan Semula/Surrender and re-alienation

  

Prosedur Permohonan

1. Definisi

 

Penyerahan dan berimilik semula ini bermaksud pemohon menyerah lot tanah atau beberapa lot tanah yang bersempadan kepada kerajaan dan serta merta memohon untuk pemberimilikan semula tapak yang sama dalam bentuk plot-plot yang dipecah sempadan tanpa kehilangan status dan taraf pemberimilikan ke atas tanah itu

2. Peruntukan Undang-Undang 
     
Seksyen yang berkaitan ialah Seksyen 204A hingaa 204H, Kanun Tanah Negara 1965. Ianya boleh dianggap sebagai alternatif kepada Seksyen 12A dan Seksyen 137, Kanun Tanah Negara 1965.

  1. Cara-cara Memohon

3.1 Permohonan boleh dibuat bagi tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik kekal (FT) dan / atau hakmilik sementara (QT).

3.2 Dua atau lebih lot-lot dipegang dibawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara atau kombinasi kedua-duanya di mana ianya bersempadan di antara satu sama lain yang dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik yang sama.

3.3 Status pegangan tanah yang diluluskan pemberimilikan semula tidak boleh kurang di bawah hakmilik kekal, maka tanah yang diluluskan pemberimilikan semula juga hendaklah hakmilik secara pegangan kekal.

3.4 Pihak Berkuasa Negeri berhak untuk melulus atau menolak permohonan. Sekiranya permohonan ditolak ianya tidak boleh dicabar di mahkamah.

3.5 Syarat-syarat untuk kelulusan permohonan penyerahan tanah dan pemberimilikan semula adalah seperti berikut :

i. Unit-unit lot yang diluluskan pemberimilikan semula adalah sesuai dari segi bentuk dan luas kawasan, dan sesuai dengan cadangan kegunaannya.

ii. Cukai tanah ke atas lot berkenaan telah dijelaskan sepenuhnya.

iii. Tanah yang terlibat tidak tertakluk kepada mana-mana tindakan mahkamah.

iv. Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah iaitu pemegang kaveat, pemegang kaveat lien dan pemegang gadaian memberi kebenaran untuk membuat permohonan.

3.6 Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang 12D oleh tuan tanah berdaftar atau pihak-pihak yang diberikuasa olehnya kepada Pentadbir Tanah Daerah dan disertakan dengan perkara-perkara berikut :-

a. Pelan tataatur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

b. 4 keping pelan tataatur saiz 4A {Seksyen 204(D)(1)(d) KTN}

c. Bayaran proses permohonan {Seksyen 204(D)(1)(a) KTN}

d. Salinan suratan hakmilik {Seksyen 204(D)(1)(e) KTN}

e. Salinan surat kebenaran bertulis daripada pemegang kaveat, pemegang kaveat lien dan / atau pemegang gadaian. {Seksyen 204(D)(1)(b) KTN}

f. Dokumen Surat Kuasa Wakil (jika berkaitan). {Seksyen 157(A) KTN}

3.7 Resit bayaran akan dikeluarkan serta merta bagi permohonan yang lengkap sebagai akuan penerimaan permohonan.

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my