Tanah Bukit

Mengeluarkan Tanah Dari Kawasan Tanah Bukit Yang Di Wartakan/Removing Land from Hill Land Gazetted

Proses Kerja                                 Carta Alir

 

 

Pembangunan tanah bukit adalah tertakluk kepada Sek. 3, Akta Pemuliharaan Tanah, 1960.



  1. 2.Mengeluarkan tanah dari kawasan bukit yang diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

2.2       Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 28.1.1992 telah bersetuju bahawa pengeluran dari kawasan tanah bukit yang diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960 ialah sehingga garisan 76.2 meter (250kaki).

2.3       Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8.10.1997 telah bersetuju menerima pakai Garis Panduan Pembangunan Tanah Bukit  Yang Tertakluk Kepada Akta Pemuliharaan Tanah 1960 bagi kawasan yang ketinggiannya melebehi daripada 76.2 meter (250 kaki) dari aras laut.  Pertimbangan hanya akan diberikan sekiranya cadangan pembangunan adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

  1.  (stilt) tidak dikira sebagai paras.

(Pembangunan adalah dihadkan berdasarkan ketinggian ‘paras’ sahaja dan tidak ‘plot ratio’ oleh kerana plot ratio hanya menghadkan keluasan tetapi tidak mengjadkan ketinggian bangunan).

c) Maksima permukaan keras (jalan, pavement, longkang, drivewaydan permukaan-permukaan lain yang ditar / simen) yang dibenarkan ialah 37% daripada keluasan tanah.  Baki 63% daripada keluasan tanah mestilah permukaan lembut (soft surface) untuk membenarkan penyejatan dan penyaliran air.

a) Pemajuan ke atas lot-lot tanah yang tertakluk kepada akta ini adalah tidak dibenarkan, walaupun lot-lot tanah yang syarat nyatanya adalah ‘First Grade’ kecuali lot-lot tersebut dikeluarkan daripada warta berkenaan terlebih dahulu.

b) Pengeluaran tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan boleh dibuat ke atas sebahagian lot.

c) Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah berdaftar atau oleh pihak-pihak lain yang diberi kuasa olehnya.

d) Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah itu memberi persetujuan ke atas permohonan tersebut.

e) Cukai tanah ke atas tanah berkenaan telah dijelaskan sepenuhnya.

f) Permohonan untuk mengeluarkan tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan boleh dibuat serentak dengan permohonan tukar syarat tanah di dalam satu permohonan yang sama.

g) Permohonan untuk mengeluarkan tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan hendaklah disertai dengan pelan kontur tanah dengan jarak garisan adalah 5 meter (16.41 kaki).

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my