Kebenaran Pindah Milik

Kebenaran Pindahmilik/Mencagar/Memajak /Permission Transfer/Pledge/Leasing

PERMOHONAN KEBENARAN PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MEMINDAHMILIK/ MENCAGAR/ MEMAJAK TANAH-TANAH YANG MEMPUNYAI SEKATAN KEPENTINGAN

Maklumat Am

Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri adalah diperlukan bagi tanah-tanah yang mempunyaiSEKATAN KEPENTINGAN.

a. Prosedur

Semua permohonan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dibuat melalui Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang.

Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri ataupun melalui Pihak Guaman yang dilantik oleh kedua-dua pihak (Penjual dan Pembeli).

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

 b. Dokumen

Mengisi borang PMC 1 yang ditandatangani oleh pihak penjual dan pembeli (Kategori kegunaan tanah - Bangunan kediaman perniagaan/tanah pertanian).

Mengisi Borang PMC 2 - yang ditandatangani oleh Pihak Penjual/Pembeli (Kategori kegunaan tanah - Perindustrian).

Mengisi Borang KP 5 - 1E (Pajakan tanah) yang ditandatangani oleh pemilik tanah berkenaan dan pihak pemajak.

Satu salinan dokumen hakmilik tanah.

Satu salinan Memorandum Of Article sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat.

Surat Kuasa Wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah.

Salinan Geran mengenai probet serta will.

Satu salinan surat perjanjian jual beli.

Satu salinan Borang ‘T’ sebagai permohonan dibuat melalui Pentadbir Harta Pesaka.

Surat tawaran bank bagi permohonan untuk mencagar tanah.

Satu salinan kad pengenalan penjual/pembeli sekiranya permohonan pindahmilik melibatkan pertalian persaudaraan.

Satu salinan kad pengenalan pemohon (Penjual dan pembeli sekiranya diperlukan).

Surat penjamin jual beli diantara tuan tanah dengan pembeli pertama sekiranya hakmilik tanah belum didaftarkan ke atas nama pemohon (Prinsipal Aggrement).

Satu salinan Resolusi Syarikat.

Semua permohonan hendaklah diisikan dalam 2 salinan.

C. Bayaran Yang dikenakan

1. Tanah Kategori Kediaman

a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan 
    ringgit yang hampir dan minimum         -     RM100.00

b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum        -     RM200.00

c)Permohonan untuk pajakan                     -     RM200.00

2. Tanah Kategori Perniagaan

a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum         -     RM200.00

b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum         -     RM200.00

c)Permohonan untuk pajakan                      -     RM200.00

3. Tanah Kategori Perindustrian

a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum         -     RM300.00

b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum          -     RM300.00

c)Permohonan untuk pajakan                       -     RM300.00

4. Tanah Kategori Pertanian

a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum           -     RM100.00

b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan 
     ringgit yang hampir dan minimum            -     RM100.00

c)Permohonan untuk pajakan                         -    RM100.00

(Bayaran mengikut Penang Land Rules 1965) Pindaan 2005).

D. Kuasa Yang Meluluskan

Pengarah Tanah dan Galian, Pulau Pinang.

Jawatankuasa Tanah Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Untuk tujuan mencagar

Tanah Perindustrian -         RM20 juta ke atas

Tanah Kediaman       -          RM2   juta ke atas

Tanah Perniagaan   -           RM4   juta ke atas

Tanah Pertanian       -           RM500 ribu ke atas

          (Mengikut Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 12.9.2001 Kertas Bil. 709/2001).

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Tiada Sebutharga pada bulan November 2018

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my