Fungsi Bahagian Pengurusan Tanah

Unit Pendaftaran

  • Mendaftar Hak Milik Tanah
  • Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga
  • Menerima surat urusniaga / bukan urusniaga
  • Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan
  • Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hak milik Daftar Komputer
  • Menyedia dan mendaftar hak milik sementara dan hak milik kekal
  • Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik
  • Menyemak dan menjilid dokumen hak milik, suratacara urusniaga dan bukan urusniaga

Unit Hasil

  • Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan
  • Melicinkan perjalanan sistem pemabayaran cukai/ hasil setempat
  • Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil Bulanan
  • Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan
  • Merangka Dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah

Unit Pembangunan & Pelupusan Tanah

  • Permohonan penyerahan dan pemberi milikan semula tanah
  • Permohonan serentak pecah sempadan dan dan ubah syarat tanah
  • Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/ bahagian tanah
  • Permohonan penyatuan tanah
  • Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri
  • Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah
  • Memproses permohonan pecah sempadan/ bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
  • Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan yang kurang dari 10 ekar
  • Permohonan tanah besar-besaran berkelompok
  • Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
  • Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lompong (SL/PL)
  • Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan
  • Permohonan rayuan pengurangan premium
  • Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata

Unit Teknikal & Penguatkuasaan

  • Menyiasat dan menyediakan laporan adalah aduan orang ramai
  • Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah
  • Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit
  • Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Sebutharga Mac 2017

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my