Pengenalan

Latar Belakang Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya telah menjangkau usia 100 tahun. Pejabatnya mula dibina oleh seorang Penghulu dari Kerajaan Syarikat Hindia Timur Inggeris, Datuk Bahauddin pada tahun 1880. Pengwujudan Pejabat Daerah ini adalah sejajar dengan pembangunan Pejabat Kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Di antara Pejabat Kerajaan yang kini menjadi bahan sejarah penting ialah Masjid Kongsi dan Hospital Daerah , Balik Pulau

Fungsi Pentadbiran Daerah mulanya menjuruskan perkhidmatan kepada pembangunan tanah, pentadbiran am dan fungsi perbendaharaan dalam tahun 1960an. Kemudiannya, fungsi tanah dan pentadbiran telah diperkembangkan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya bertanggungjawab menyelaras, menentukan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai. Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

(i) Pejabat Pegawai Daerah
(ii) Bahagian Khidmat Pengurusan
(iii) Bahagian Pengurusan Tanah
(iv) Bahagian Pembangunan

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Sebutharga Oktober 2017

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my