Musim Durian Telah Bermula

Musim Durian Balik Pulau Telah Bermula. Acara Kemuncak pada 4 Jun 2014 Jam 10 pagi Bertempat di Anjung Indah. Perasmian Oleh YB. DR. Afif Bahardin (AMMK Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan).

flyersdurianpetadurian

KARNIVAL SANTAI RAKYAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YB. Dato'/YB./YBhg. Dato'/Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE KARNIVAL SANTAI RAKYAT, USAHAWAN DAN KOPERASI DAERAH BARAT DAYA 2013
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat ini akan menganjurkan Karnival Santai Rakyat, Usahawan dan Koperasi Daerah Barat Daya pada 22 November hingga 1 Disember 2013 bertempat di Tempat Parkir Terbuka Queensbay Mall. Untuk makluman YB. Dato'/YB./YBhg. Dato'/Tuan/Puan,perasmian karnival ini akan disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 23 November 2013 (Sabtu) mulai jam 3.00 petang.
 
3. Sehubungan itu, Pejabat ini ingin menjemput YB. Dato'/YB./YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk sama-sama menyertai dan menjayakan karnival ini. Pelbagai acara menarik akan disajikan kepada semua pengunjung terutamanya pada hari perasmian tersebut seperti pameran oleh agensi kerajaan, jualan oleh koperasi dan usahawan, pemeriksaan kesihatan, perpustakaan bergerak, permainan football/netball shoot out, persembahan oleh beberapa artis tempatan dan cabutan bertuah. Dilampirkan bersama-sama ini flyers karnival berkenaan untuk rujukan YB. Dato'/YB./YBhg. Dato'/Tuan/Puan.
 
4. Semoga dengan kehadiran YB. Dato'/YB./YBhg. Dato'/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi karnival ini. Segala kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Warga Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang barakah lagi mulia ini. Semoga semua amalan dan ibadah diterima dan diredhoi oleh Allah S.W.T ke atas semua umatnya. Takwim Klik Di sini

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Sebutharga Mac 2017

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my