Soalan Lazim

1.

Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan ialah:-

 

a)

Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri.

 

b)

Bayaran wang proses RM100.00.

2.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pentadbir Tanah semasa membuat permohonan pecah sempadan (9A)/Pecah Bahagian (9B) dan cantuman (9C) tanah oleh jurukur?

 

a)

12 salinan pelan tatasusunan yang diluluskan oleh MPSP (untuk permohonan pecah sempadan dan cantuman).

 

b)

5 salinan pelan tapak bersaiz A4.

 

c)

1 salinan resit cukai tanah

3.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan perintah jualan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

 

a)

Borang 16D Sek. 254 KTN.

 

b)

Surat Akaun Penyerah Notis 16D.

 

c)

Borang 16G S

4.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan ubah syarat?
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

 

a)

Borang permohonan tukar syarat nyata dibawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)

5.

Apakah Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan mengeluarkan lot daripada kawasan taliair yang diwartakan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

 

a)

Surat permohonan mengeluarkan warta taliair

 

b)

Bayaran proses RM300.00 satu lot.

6.

Bagaimanakah Cara untuk Mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?

 

a)

Satu salinan `Borang Permohonan’ yang lengkap diisi. (Borang boleh diperolehi dari Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara).

 

b)

Satu salinan Pelan Tapak.

7.

Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan Pindah Milik Tanah?

 

a)

Borang 14A asal yang telah ditandatangani serta telahpun dibayar duti setem

 

b)

Borang PDS 14 dan bayaran adalah mengikut nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian/Notis Taksiran.

8.

Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?

 

a)

Cukai tanah boleh dibuat disemua daerah dalam Negeri Pulau Pinang.

9.

Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?

 

a)

Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan kemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan boring permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya

10.

Apakah itu Hakmilik Strata?

 

a)

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit/petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya -- Petak aksesori (jika ada) ;- dan Pembahagian unit syer sebagai penentuan hak.

11.

Apakah e-Tanah?

 

a)

e-Tanah ini ialah projek untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Elektronik dalam perkhidmatan awam.

12.

Apakah urusan tanah yang terlibat dalam projek e-Tanah?

 

a)

  • Pelupusan
  • Pendaftaran
  • Hakmilik Strata
  • Kelulusan / kebenaran Pindahmilik/ Gadaian
  • Pembangunan
  • Pengambilan Balik Tanah
  • Pesaka
  • Hasil

13.

Apakah tapak yang terlibat dalam projek perintis?

 

a)

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang
  • Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pulau Pinang
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri
  • Jabatan Ketua Pengarah Galian dan Tanah (cawangan Negeri Pulau Pinang)
  • Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

14.

Apakah faedah e-Tanah

 

a)

  • Perkhidmatan kaunter lebih mesra-pelanggan - ubahsuai kaunter dan single point of contact
  • Pelanggan mudah mendapat maklumat dan perkhidmatan secara on-line.
  • Kemudahan pelanggan bayar cukai tanah di pusat bayaran setempat (seperti di Pejabat Pos , Kedai Telekom)
  • Bayaran cukai tanah boleh dibuat dimana-mana pejabat tanah di dalam negeri berkenaan dan secara on-line.
  • Pelanggan mendapat khidmat lebih cepat dan cekap
  • Urusan Permintaan Ukur dan cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara on-line antara pentadbir tanah dan JUPEM.
  • Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepat dengan bantuan MyGDI.
  • Prosesan urusan dalaman melalui komputer dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
  • Memudahkan proses membuat keputusan.
  • Memudahkan pengawalan dan pemantauan ke atas prosesan.
  • Penguatkuasaan lebih mudah dibuat dengan maklumat tersedia daripada sistem.
  • Penambahan hasil Negeri dan Persekutuan.

Iklan Sebutharga

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya

Sebutharga Mac 2017

Untuk keterangan lanjut sila layari : http://ep.penang.gov.my