Sejarah Penang

Penang History

SEJARAH

Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di George Town yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuh Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (dikenali sebagai Lebuh Chulia kemudiannya) dan Lebuh Pitt. Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini. Kawasan di sebelah selatan Lebuhraya Malabar dikhaskan untuk perkampungan Melayu. Di sini satu tapak luas dikhaskan bagi sebuah masjid berhampiran dengan persimpangan Lebuh Pitt dan Lebuh Malabar. Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampung-kampung yang kotor. Pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih. Sehingga tahun 1807 Bandar George Town dilingkungi oleh satu parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada kini. lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Quay".

Sumber: Biro Penerangan Negeri Pulau Pinang